Soalan; jika saya masuk ke
dalam masjid dan azan sedang berkumandang. Mana yang terbaik; saya terus solat
tahiyyatul masjid atau saya menjawab azan terlebih dulu, kemudian baru lakukan
solat tahiyyatul masjid?
Jawapan; Sebaiknya jawablah
azan terlebih dahulu dan membaca doa setelah azan, setelah itu barulah lakukan
solat tahiyyatul masjid supaya kita dapat menghimpunkan kedua-dua fadhilat;
iaitu fadhilat menjawab azan dan fadhilat melakukan solat tahiyyatul masjid. Kadar masa menjawab azan adalah singkat sahaja, maka tidak luput solat tahiyyatul masjid apabila seorang yang memasuki masjid berdiri seketika untuk menjawab azab sebelum melakukan solat tahiyyatul masjid (Kasyfu al-Ltsam, 1/39).
Dikecualikan
pada hari jumaat apabila kita sampai ke masjid ketika azan kedua, maka
sebahagian ulamak berkata; sebaiknya kita terus saja melakukan solat tahiyyatul
masjid (tanpa menunggu untuk menjawab azan) agar kita dapat mendengar khutbah
dari awal kerana mendengar khutbah lebih utama dari menjawab azan. Inilah yang
difatwakan oleh mazhab Hanbali. Sebahagian ulamak berkata; yang afdhal kita
lakukan sebagaimana yang dinyatakan awal tadi iaitu kita menjawab azan terlebih
dahulu, kemudian baru lakukan solat tahiyyatul masjid agar kita memperolehi dua
fadhilat. Pandangan inilah yang difatwakan oleh mazhab Syafiie.
Rujukan;
1. Kasyfu al-Litsam (Syeikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatoni), 1/39.
2. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyyah (http://www.islamweb.net), no. fatwa; 33483, 1503.
1. Kasyfu al-Litsam (Syeikh Zainul 'Abidin bin Muhammad al-Fatoni), 1/39.
2. Fatawa as-Syabakah al-Islamiyyah (http://www.islamweb.net), no. fatwa; 33483, 1503.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan