Soalan; asmkwbt Ustaz; apakah hukumnya seorang wanita meminta "dilepaskan"
daripada suaminya.
(berdosa atau haram?). semoga jawapan ustaz dapat
menenangkan hati dan perasaan saya. terima kasih
Jawapan;
Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai
dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni
akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi,
Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis
ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).
Dari hadis di atas kita
memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan
berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah
harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera
isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau
isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika
kekal bersama. Kerana itu, diharuskan khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta
suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan
mas kahwinnya.
Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin
Qies telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari
suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta
cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya,
akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(*yakni kufur dalam pengertian
engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya
terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu
mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika
perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan
tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR
Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).
Wallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan